Perkembangan Negeri Sultan_Muhammad_IV

Semasa Zaman Penasihat Siam (1903-1909)

  • 1904 : Pasukan polis Kelantan dibesarkan dengan anggota berjumlah kira-kira 200 orang yang separuh daripadanya di lengkapi dengan senjata moden iaitu rifel. Mereka ditempatkan di Balai Polis Pusat di Kota Bahru dan 5 balai kecil.[10]
  • 1904 : sebuah bangunan sekolah Melayu telah dibina di Padang Bank (Padang Merdeka), Kota Bharu. Ianya dikendalikan oleh Dato 'Mohd Ghazali bin Mohd Ariffin yang kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Pertama Kelantan (1922-1930).
  • 1905: beberapa buah mahkamah telah ditubuhkan di Kota Bharu, iaitu Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Balai bertempat di Istana Balai Besar. Mahkamah Tengah dan Rendah di MAIK, Kelantan di Jalan Sultan dan sebuah Mahkamah Rendah telah didirikan di Batu Mengkebang Ulu Kelantan.
  • 1906: Kerajaan Negeri Kelantan dengan persetujuan Sultan Muhammad ke IV telah mengeluarkan wang sendiri yang dipanggil pitis untuk kegunaan orang ramai. Pitis ini diperbuat daripada timah berbentuk bulat berkeping dan berlubang, bernilai 5 keping bersamaan 1 sen.
  • 1907: sebuah pasar telah dibina di kawasan Jalan Post Office Lama (sekitar Hotel Diamond Puteri) di tepi Sungai Kelantan. Pasar ini telah dirobohkan pada tahun 1930an setelah pasar baru di Jalan Temenggong dan Dato Pati dibina.

Semasa Zaman Penasihat British (1909-1920)

  • 1909: Akibat Perjanjian British dan Siam tahun 1909, sempadan Kelantan dianjakkan dari Bukit Menara ke Sungai Golok. Akibatnya Sungai Padi dan Tabal diserah kepada Siam manakala Jeli iaitu bekas jajahan kerajaan Legeh diserah kepada Kelantan.
  • 16 Julai 1910: Kerajaan Kelantan telah siap membina sebuah Jambatan merentangi Sungai Keladi menghubungkan Bandar Kota Bharu dengan kawasan-kawasan tepi pantai dikenali dengan Gertak Mason mengambil sempena nama Penasihat British.
  • 1913 : Jalan Keretapi menghubungkan Tumpat dengan Bukit Remah di Tanah Merah, Kelantan siap dibina. Pembinaan jalan keretapi ini adalah hasil rundingan Sultan Muhammad Ke IV dengan Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu
  • 1914: telah dibina jalan keretapi dari Tumpat ke Thailand.
  • 24 Disember 1915 : Sultan Muhammad IV telah menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, sebuah institusi keagamaan yang tertua di negara ini. Tujuan utamanya ditubuhkan ialah untuk mengembangkan syiar Islam dengan lebih teratur.
  • Julai 1916 : Sultan Muhammad IV telah bersetuju dan berkenan menggunakan gelaran Darulnaim untuk negeri Kelantan dengan sebutan Kelantan Darulnaim.